Tuesday, 6 December 2011

50 Langkah Bestari Suami Soleh

50 Langkah Bestari Suami Mithali
http://feryco.com/50-langkah-bestari-suami-mithali


1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan
berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
- Doalah azi sabar dengan ujian alam perkahwinan nie...

2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri
anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk
anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
- Azi bersyukur azi ada suami untuk saat azi sihat nie....


3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat
positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh
dibanggakan oleh isteri anda.
- Terima kasih bagi azi peluang merasai nikmat jadi isteri abg walaupun 2 minggu sahaja... Sebulan 3 minggu azi merana.... Ok la... Itu yang tertulis untuk azi...

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami
tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun.
Senyumlah apabila sampai ke rumah.
-Terima kasih atas

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua
isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda
luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?

6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda
sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan
bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang
mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami
isteri.

8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa
dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami
membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati
semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan
hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi
bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat
meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan
pasangan anda .

12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat
menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria.
Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan
diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan
tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap
tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan
suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami
yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga
terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan
dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk
keluarga sejahtera

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga
patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara
sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang
lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang
menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang
memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan
endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila
suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.
Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan
isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk
bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar,
isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah
tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi
mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib
memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya.
Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan,
telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga
suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut
usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan
iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga,
ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila
suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil
kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut
berikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,
bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba
hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang
menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi
Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita
yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.

32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli
keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan
memilih penyelesaian yang optimum.

33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati
dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan
dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan
tindakan.

34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya
setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah
sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?

35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga.
Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga.
Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.

36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga
berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan
keluarga.

37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa
yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli
keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.

38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru
ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas
sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.

39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik
tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan
membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.

40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk
senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh,
sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.

41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan
dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel
unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.

42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan
pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui
mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.

43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri
benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri
bahagia, suami akan bertambah bahagia.

44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti
isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi
layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.

45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan
pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho
dengan saksama.

46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti
senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada
bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.

47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri.
Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri,
bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang
lintasan dalam hati.

48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat
sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang,
waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.

49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di
rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di
pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan
isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.

50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan
riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain
dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan
maafkan semua orang.

0 comments:

Post a Comment